"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca    
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana    
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana    
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana    
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana   
 bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat  
  kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya    
berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah    
lakunya."
"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.    
Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling    
waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling   
 indah tentunya KHUSYUK."
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu    
adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
   Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika 
kejahatan    dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah    
waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.    
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah    
waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu    
untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan    
Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju    
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang    
menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat    
hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai    
keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju    
syurga."   
 
 
No comments:
Post a Comment